Checklist Barang Keperluan Bayi (newborn baby checklist) dan Keperluan Bersalin (labor & delivery checklist)

Masa tengah create entry ni kandungan aku 31minggu 6hari. Menghitung hari lagi 57 hari nak bersalin, nebes nak oii. Time ni dah cun cun la kalau nak shop barang baby. Takot dah 8bulan xlarat nak bawak perut, ni pun dah xboleh jalan banyak. Kaki nak bengkak je. Boleh je kalau nak shop masa awal pregnancy pun ikut korangla. Aku jenis takot nak excited awal pregnancy, yela kalau benda nak jadi kita xtau kan. So far Alhamdulillah baby A sihat je dalam perut mamy. Tapi jangan tekejut pulak memang terasa kalau dah beli sekali gus tu. Sebab tu orang cakap beli sikit-sikit HEHE.. Pejam mata je lah yer bapak-bapak.😅 .

Shop barang baby ni bukan mamy yang kalut, baba dia lagi eksaited. Lagi pening wey kalau bapak yang pilih baju untuk anak. Yang paling dia suka bab pilih mitten / booties nak yang corak2 cute2, yang kita pilih semua xlawa. Geram pulak nengoknyer.

Jom tengok checklist untuk senang mommies lain nak refer nanti 👇👇👇

Keperluan Baby (Pakaian)
  1. Bakul pakaian - Done. Beli drawer plastik kat IKEA ada 8 compartment. Sementara baby nak besar, nak jimat space. Kalau xmuat nanti beli lagi.
  2. Baju siang (seluar pendek) - Done. 5 pasang
  3. Baju malam (seluar panjang) - Done. 3 pasang
  4. Rompers - Done. 3 pasang
  5.  Mitten & Booties - Done. yang ni beli banyak mitten senang kotor
  6. Topi - Done. 1helai. Nanti tambah lagi
  7. Baby Bip - Belum beli minggu depan baru nak beli.
  8. Barut - Done. 5 helai (beli kat kedai baby Sri Rampai)
  9. Bedung/Swaddle - Done. 4 helai. Beli online je tapi xsampai lagi

Diapering
  1.  Napkin - Tak beli
  2. Baby Pin - Tak perlu
  3. Pampers - Drypers (beli dalam pack kecik sementara)
  4. Wet tissue - Done. Aku beli brand FIFFY buy 1 free 1 refill.
  5. Changing mat - Tak perlu (MIL dah bagi)
  6. Nappy liner - Tak perlu
  7. Bakul baju kotor - Guna yang dah ada kat rumah
  8. Detergent khas cuci baju baby - Done. Aku beli yang brand PUREEN. Cari yang A.B.C xde so beli je.
  9. Botol sembur air - Kalau perlu baru beli
Baby Care & Grooming
  1. Tab mandi - Done. Beli kat IKEA
  2. Baby bath - Done. Brand PUREEN (travel pack)
  3. Baby Shampoo - Done. Brand PUREEN (travel pack)
  4. Baby Powder - Done. Brand PUREEN (travel pack).
  5.  Baby lotion - Done. Brand PUREEN (travel pack)
  6. Tuala Mandi - Done. 1 helai Brand PUREEN
  7. Tuala Muka - Done. 5 helai
  8. Minyak Telon - Done. Sebotol. Minyak YUYI dah ada
  9. Vicks - Nanti baru beli
  10. Nappy rash cream - Tak beli lagi tengah survey brand  y okay. Org cakap bepathen boleh jugak sbg dia boleh guna jugak sbg nipple cream.
  11. Methylated Spirit (alcohol swab) - Untuk cuci pusat sebelum luruh. Biasanya hospital akan provide.
  12. Pengepit kuku - Done. Online lazada
  13. Sikat - Done. Online lazada
  14. Gunting kecik - Done. Online lazada
  15. Nasal Aspirator - Done. Online lazada
  16. Termometer - Done. Online lazada
  17. Toothbrush - Jika perlu
  18. Cotton bud - Done. 2 pack brand PREMIER (jangan silap amek y org dewasa pulak)
  19. Cotton ball - Done. 1 pack
Barangan Breastfeeding
  1.  Botol susu - Done. beli 2 brand COMOTOMO & TOMMEE TIPPEE (OBW cheras)
  2. Puting - Beli lepas bersalin. Kalau boleh xnak ajar baby pakai puting
  3. Berus pencuci botol - Done (OBW cheras)
  4. Penyepit botol - Tak perlu
  5. Sterilising tablet - Tak perlu
  6. Cecair pencuci botol - Tak beli lagi.
  7. Breast pump set - Tak beli sebab kakak suruh pakai y dia punya 
  8. Cooler bag set - Beli lepas bersalin.
  9. Warmer - Done. Online lazada
  10. Milk storage - Done. Beli brand AUTUMNZ (OBW cheras)
  11. Nursing cover - Tak perlu. Kakak nak bagi so tunggu je la
  12. Nursing Bra - Done. 3 helai beli online
  13. Nursing pad washable - Done 1 pack dalam tu ada 4pcs brand AUTUMNZ. (OBW cheras)
  14. Termos - Guna yang dah ada je

Keperluan Tidur Baby
  1. Set tilam - SIL nak bagi dia xbagi beli. cuma nak tambah bantal kepala je kot
  2. Comforter - Tak beli lagi
  3. Kelambu - Tengok keadaan
  4. Baby cot - Memang xbeli nanti tido sekali je atas katil. Jimat ruang.
 Barang Keperluan Selepas Bersalin
  1. Set bersalin - Kakak yang sediakan. Lepas 40hari baru makan jamu WD.
  2. Bengkung - Belum beli ingat nak order kat membe je Real Bengkung
  3. Baju sejuk - Pakai yang ada je
  4. Tungku - Kakak sediakan
  5. Selipar - Done. Pakai yang ada je
  6. Kain batik - Done. 
  7. Maternity pad - Tak beli lagi
  8. Stokin - Done
  9. Minyak urut - Pakai minyak bidan
Keperluan Lain
  1. Stroller - Masa pantang baru suruh edy cari.
  2. Car seat - Done. order yang PERODUA punya 
  3. Baby carrier - Kakak nak bagi
  4. Diapers bag - Done, banyak beg dah kat rumah
Beg Hospital
  1. Buku Pink - sentiasa dalam beg
  2. Kad pengenalan
  3. Telefon bimbit
  4. Charger
  5. Baju / T-shirt - 2 pasang
  6. Skirt - 1 pasang
  7. Tudung
  8. Stokin
  9. Bra / Seluar dalam - 2 pasang
  10. Tuala mandi 
  11. Berus gigi
  12. Serum
  13. Bedak
  14. Sikat
  15. Maternity pad
  16. Breast pad
  17. Baju sejuk
  18. Selipar
  19. Beg baju kotor
  20. Minyak angin
  21. Getah rambut
  22. Disposable panties - Done 1 set
  23. Cream stretch mark
 Bakul Hospital
  1. Air selusuh. Mama dah buat
  2. Air zam zam
  3. Makanan / Minumam (biskut,roti,milo supaya tak lapar)
  4. Termos air panas
  5. Al-Quran
  6. Tisu
 Beg Hospital Baby
  1. Pampers 
  2. Baju siang / malam
  3. Mitten / booties
  4. Bedung
  5. Barut
  6. Topi
  7. Tuala mandi bayi
  8. Baby wipes
  9. Baby bath
  10. Baby shampoo
  11. Baby lotion
  12. Baby powder
  13. Minyak telon
  14. Vicks
  15. Nappy cream
** Beg baby & mamy xkemas lagi. Nak beli barang sikit lagi nanti baru kemas sekali. Ada certain barang yang xbeli lagi. 

Mostly barang baby macam baju, mitten/booties tu beli kat MyDIN USJ, memang berbaloi jenama fiffy, anakku & banyak lagi. Sama je beli kat mana pun cuma kat situ jauhhhh lagi murah. Masa tengah shop baju ari tu ada akak ni tunggu hari nak bersalin anak ke-5 dah dia pun suggest beli kat MyDIN sebab harga memang berbaloi sangat. Dulu dia beli kat JJ tapi sekarang dah mahal quality sama je. Aku penah gak survey kat mothercare harga dia boleh tahan. Ada setengah worth it nak beli, kalau korang rasa xworth it xyah la labur duit kat situ. So mommies boleh la buat pilihan bijak ye.

Orang cakap "ala anak 1st bia la beli mahal sikit nak merasa" tepulanglah kat korang, bagi aku sama je beli kat mana pun. xmurah xmahal janji baby selesa bila pakai. Lagipun untuk newborn kejap je dia boleh pakai nanti bila dah besar pandaila mamy dia nak dressup anak tu hehe. ye dok!

Semoga dipermudahkan segala urusan bersalin nanti. Baby A jangan keluar time working hour tau syg, tunggu baba balik keje xpun time weekend baru keluar k. 😚 #marchbaby2018
 

MuchLope
-Anggun-

Comments

  1. Apa kegunaan baby bib for new born baby ye sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi dear.. kadang i guna bila menyusu meleleh so i xnak baju basah so that i letak bib :)

      Delete
  2. nak cari barang baby boleh ke https://bazaraya.my/babies banyak pilihan untuk bakal2 ibu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts