Ayam Masak Merah ala Anggun

Honestly aku nak bagitau memang aku ni xpakar bab masak memasak ni. Setakat basic tu tau la tapi kalau nak suruh masak Tom Yam ke, Kari Kepala Ikan ke memang xtau sangat. Nasi goreng pun cara bujang lepas la. Tapi kalau masuk dalam mulut orang tua rasanya xlepas HoHo.. Seriously aku belajar masak masa nak kawin. Kalau tak, memang weken pun jarang nak party kat dapur 😂😂 . No No bukan anak manja tapi tak praktik kan. Selalu jugak nengok abah masak, tapi turn aku nak masak memang tegagau google xpun buka buku resepi kakak aku..

Lepas kawin belajar jugak ngn bapak mentua, tapi baru-baru ni laki aku rajin pulak nak tolong kat dapur. Dia nak jadi chef. Sonok jugak kekadang masak sama-sama ni.. Rasa sweet kan mohon jangan muntah okay. HAHA..Aku tengah hadam menu yang dia ajar. Ada la bberapa jenis setiap hari tapi sekarang aku nak share kat sini cara nak masak Ayam Masak Merah ala Anggun. Fevret kami lakibini.

AYAM MASAK MERAH ala Anggun (2orang makan)

Bahan-bahan yang perlu ada:
1. 1/2 ekor ayam (potong ikut suka)
2. 1 biji Kentang (potong dadu)
3. 1 biji Tomato (belah 2)
3. 4 sudu Cilibo/Cili kisar (cari cilibo yang hancur lagi sedap/ikut sesedap rasa)
4. 1sudu Sos cili
5. 2 cawan air (untuk pekat hanya perlukan 1 cawan)
6. 1-2 sudu gula
7. Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk dikisar & tumis:
1. 2 ulas bawang kecik
2. 2 ulas bawang putih

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dengan api sederhana
2. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga kekuningan (jgn terlalu hangit)
3. Masukkan cilibo/cili kisar dan gaul rata bersama bahan yang ditumis tadi serta tambah sedikit demi sedikit air sehingga menjadi kuah. Kurangkan air jika nak pekat.
4. Biarkan seketika sehingga sambal nampak pekat (tambah air jika perlu) dan masukkan sos cili.
5. Masukkan sedikit gula & garam secukup rasa (kacau sebati).
6. Masukan ayam & kentang kemudian gaul rata bersama sambal dengan api yang perlahan
7. Tutup periuk dan biarkan ayam tadi masak (tambah air jika perlu supaya tidak terlalu kering)
8. Masukkan tomato
9. Dah siap & sedia untuk dihidang.

Simple kan 😗😗 Selamat mencuba....

MuchLope
-Anggun-

Comments