UPT Positive -Anggun Get Pregnant!!

Haii bloggers,

Dah lama kita tak sembang kat sini kan. Sory la lately i murung sikit sebelum puasa ari tu. Korang sihat ke? Btw i nak wish Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kat semua silent reader kat sini.

Anggun nak share sikit pengalaman sebelum i dapat tau y i pregnant. Actually period i mereng sikit sejak berkahwin. Tapi i test pakai OPK kalau positive i akan kira 2 minggu dari time subur tu then mesti period, tapi kali ni beza sikit suppose i period 30 June 17 tapi i saja nk cek OPK lagi sekali +VE jugak.. Lepas tu tergerak hati nak test UPT jugak masa tu sebab macam pelik je subur 2 kali dalam sebulan. After test xnak mengharap sangat sebab takot murung lagi. Tup2 tengok naik 2line. (JengJengJeng) Betui ka ni macam xpercaya. Masa test tu dah petang  tapi org cakap kena guna kencing pagi kan. Masa tu xtau la nak rasa excited ke tak sebab takot jugak tetiba line tu hilang.

Dah xtenteram rasa tu Haha. Husband xtau lagi, risau jugak tetiba jadi -VE. Esok tu test lagi time pagi sama je result 2line jugak. Eksaited jugak xtau nak bagitau kat sapa & i pun xconfirm lagi usia kandungan brp bulan.Hari-hari cek UPT semua result 2line & still xpecaya pun. 5 hari tau i cek hahaha.. Orang cek sekali je terus happy. I bukan pa cuma takot silap tengok ke apa ke hehe.. Seminggu  dah cek guna UPT i pun buat keputusan nak g checkup clinic. Sebelum pegi klinik i test guna Clear Blue Digital tunggu dacing tu pusing2 i tenampak kat situ Pregnant 2-3, i bajet macam 1-2 terus jumpa doc i nak scan. Lepas doc scan & sah kan y i pregnant!!!! 😊😊😊  Alhamdulillah syukur. Seriously macam mimpi.

Husband still xtau lagi pasal good news ni. Ingat nak buat suprise birthday gift untuk dia. I simpan seminggu tau rasia ni. Tahan je mulut ni nk share good news ni ngn dia. Kitaorg struggle nk tgu zuriat y Allah dah kurniakan kat kami. Mesti la i xsabar nak share kan tapi i simpan smpai 8 Julai 17 (birthday husband) lama kan hehe.. Excited gila. Masa malam birthday tu i bagi dia kotak dalam tu ada UPT strip yang i dah test hari hari dengan clear blue & gambar scan tu. Masa nak tido i bagi dia kotak tu dia macam nk bebel la bg hadiah lagi kat dia. Sekali dia bukak2 kotak tu dia tutup balik hahahahaha.. Muka dia masa tu i lupa nk record sbb i pun sama excited. Dia macam xpecaya siap tampar tampar muka dia hehe. I rasa ni la hari y special untuk husband i. Even xsampai setahun kami kawin tapi kami xpenah berenti untuk usaha. Allah tu kan maha mendengar. Korang yang belum dikurniakan zuriat jangan risau janji Allah tu pasti. Dia akan bagi bila dah sampai masa. Lebih lebih lagi kalau nampak kita usaha & ikhtiar. Jangan penah putus doa dan niat k.

Minggu ni checkup lagi. Doa kan anggun dan baby sihat ya. Doa kalian amat bermakna buat Anggun. InsyaAllah lepas ni I akan share dengan korang pasal kandungan jika diizinkan oleh Nya. Kalau korang nak i share tips untuk mudah hamil bgtau k.

MuchLope
-Anggun-


Comments