Hatten Place Hotel, Melaka
Sebut je pasal hotel murah mesti ramai je yang tak nak lepaskan peluang yang ada ni kan. Lagipun dah lama sangat keje rasanya ni la masa untuk kita rehatkan minda dan lari dari kesibukan kota. Kalau nak tunggu keje memang xkan penah habis. Sekali sekala dapat chill & relax dengan famly best jugak. Tak kan nak tunggu raya baru nak buat gathering HAHA.. #familybonding
Entry ni i nak share dengan korang hotel baru kat Melaka yang buat promosi November ari tu. Hotel 4 bintang dengan harga RM100/semalam untuk superior room sahaja. Bilik lain pun ada tapi yang promo code tu bilik superior je. Bfast kena add lagi RM35/head. Dengan kesempatan ini, sesuai la masa untuk ber family day. Tapi kitaorg book untuk semalam je untuk habiskan masa weekend tu. Promo code tu open dari awal november sampai 15hb je, lepas tu back to normal price ye kaklong. Nak booking pun kena cepat je sebab normally memang akan fully booked kalau stay on weekend. Korang boleh check price & available date kat sini Hatten Place, Melaka ..
Kali ni family day anak cucu cicit Md.Zain kat Melaka ye.. Bukan senang nak plan ramai-ramai macam ni. Alhamdulillah semua bagi kerjasama dan berjalan dengan lancar walaupun xcukup anggota.. Kitaorg stay dari 18hb-19hb November 2017. Masa check in bilik jam 3pm, check out 12pm. Before sampai hotel kitaorg lunch dulu kat Asam Pedas Jr, (berhadapan Dataran Pahlawan &menara Taming Sari). Tepat jam 3pm dah terpacak kat hotel, apalagi excited la bebudak nak mandi kolam. Hotel tu sediakan parking kat Tingkat 6 tau, so korang kena parking then bawak beg sesiap pegi lobby tingkat 12 untuk check in. Lepas check in kena naik lift lain untuk ke bilik.
Outside Hotel |
Main Entrance |
Superior Room |
Toilet yang Awesome |
Dari ada cermin kaca y boleh nampak katil..jangan risau ada blind boleh tutup hehe |
Tempat shower |
Walkway |
Ops! ni bilik i Level 31 Room 28 |
Room service memang tip top. Call je mintak apa pun kejap je sampai. Front desk memang kelam kabut sikit time check in maybe sebab baru lagi so dorang xcukup staff. Tapi bagi i okay je biasa la hotel baru lepas tu murah mesti la ramai nak kena handle kan. Staff memang terbaik, xsombong langsung. Aktiviti petang tu kitaorg mandi kolam sampai lewat petang. Pool dia memang best la. Jacuzi pun ada. Swimming pool level 13 (jangan lupa bawak kad turun sekali sebab lift tu kena guna access card untuk setiap level). Bagi yang xgemar mandi kolam jangan risau gym pun ada kat level yang sama. So sambil bini layan anak-anak mandi kolam, husband boleh pegi gym tambah stamina HAHA..
Yang best nya pasal hotel ni, kalau dah bosan sangat kat bilik korang boleh je g shopping kat level 11,dari lobby boleh turun escalator ke shopping mall (Element Mall), in future banyak kedai-kedai lagi yang akan dibuka. Nak tengok movie pun boleh, kat situ ada MBO. Kalau turun bawah sekali ada space untuk anak-anak main. Tapi paling banyak orang ambil gambar sebab memang happening sangat kat bawah tu. Ada jam merah besar yang ada muzik kat tengah-tengah tu boleh la selfie macam duduk kat London hehe.. Ni first time i stay hotel yang bawah tu ada everything (ingatkan kat thailand je)..
View dari kolam |
Bonda & Nanny layan adik manis |
Jacuzi (muat dalam 10 orang) |
Baby pun nak berenang.. |
Puas budak-budak mandi petang tu dengan mak-mak seronok. Dah penat mandi naik bilik & rest. 8.45pm macam tu kami semua ready untuk pegi dinner kat Ikan Bakar Alai (paling famous kat Melaka). Banyak pilihan makanan laut kat sana boleh pilih je nak masak apa. Memang murah & bebaloi sangat. Kalau g melaka sini je la tempat makan ikan bakar yang best.
Total dinner malam tu RM300 (inc otak-otak & jelly kelapa) |
Dah makan mata pun makin mengecik hehe.. Penat berswimming petang tadi xhilang lagi. So kami decide untuk pusing bandar hilir naik kereta je (semua dah kepenatan) & then terus balik hotel.
Keesokkan harinya tiba masa untuk check out, before check out sempat lagi kami berendam kat kolam tau, rasa macam xpuas je berendam semalam. hehe..
family potret - Md.Zain 2.0, Anggota 22 orang. |
Overall i nak bagi 4 star untuk hotel ni. Memang nak kena repeat balik kalau stay kat Melaka. Rasa macam menyesal pulak stay semalam je. Macam mana nk cari hotel ni korang boleh call & buat reservation dulu sebelum datang. Hopefully entry ni banyak membantu ya. Sampai jumpa lagi untuk next entry. Mana tau lepas ni kita ke Hadyai pulak ke, dah ada dalam wish list dah tu. Hehe. Sekian dlu journey edsherin buat masa ni 💕.
Hatten Place Melaka,
Hatten City, Jalan Melaka Raya 23,
Melaka, 75000 Melaka
Tel : 606-222 9696
Fax : 606-229 9696
Fax : 606-229 9696
MuchLope
-Anggun-
Comments
Post a Comment