FUGA VILLAGE Beach Gateway, Melaka

Sebagai pembuka tirai 2018, sekali lagi KRONI jalan-jalan makan angin. Kali ni dalam Malaysia pulak. Masa meeting kemain sana sini nak pegi endup MELAKA jugak tempat yang sesuai untuk cuti weekend ni. Yela nak g jauh-jauh risau plak kang teberanak kat tengah jalan. Tak pe pas ni bawak baby pulak okaiii 😆😆😆 .

Fuga Village ni kat area Pengkalan Balak, kira-kira 10km dari Masjid Tanah di daerah Alor Gajah. Ramai yang xtau sangat pasal tempat ni. Rupanya kat sini ada lagi a few chalet sepanjang jalan & dekat jugak dengan tempat penyu menetas "kita tengok penyu telo, penyu tengok telo kite" haha 😂😅😙.

Fuga Village - merupakan sebuah kediaman yang sangat privacy. Resort kecil yang mempunyai 2 jenis bilik iaitu sebuah villa 2 tingkat berukuran studio yang dinamakan "The Villa" dan 6 buah chalet yang unik dan basic. Bermula dengan harga RM367 untuk Villa & RM187 untuk chalet. Set BBQ juga disediakan RM60 untuk sewa. Kita cuma perlu bawa bahan mentah je. Boleh tempah dengan Airbnb atau pun direct Mr. Peter (fuga village). Peter (Mat salleh) sukarelawan yang nak jaga tempat ni. Rumah dia atas reception. His very nice person & banyak bantu dari segi penyediaan untuk BBQ. Sesuai untuk buat family day jugak sebab kawasan dia sangat luas & laman yang sangat bersih. Kalau dapat booking untuk semua kawasan ni memang best sangat lah. Rasa macam balik kampung pulak.

The Villa
Masa check in Mr.Peter bg 3 kunci iaitu kunci pintu utama, tempat parking & pintu masuk. Memang sangat safety. Wifi jugak disediakan boleh mintak password kat dia 👌 sebab coverage dalam bilik macam suam-suam kuku. Tapi kalau duduk luar line laju je.

Entrance Fuga Village
Nice entrance, rasa suasana kampung sangat. Bedepan pulak dengan pantai. Nak sampai sini kena masuk kedalam sikit. Tak pe waze kan ada. Mesti sampai depan ni punya. Jangan parking suka hati pulak kat sini. Parking disediakan dibahagian belakang Villa ni (lupa pulak nak ambil gambar). Sebelum sampai depan ni korang akan perasan ada lorong kecik sebelah kanan, ikut je lorong tu then jumpa lah parking.
Pintu Car Park
Bila langkah je masuk dalam kawasan ni macam OMGEEE!! cantik gila kawasan dia. Kenapalah baru tau Melaka ada tempat cantik macam ni selain town dia. Ingatkan pantai timur je yang ada scene kampung depan dengan pantai. Sementara tunggu nak check in bilik aku jalan-jalan dulu tengok tempat ni. Teruja sangat dengan konsep kampung english. Chalet dengan villa bedepan je, pool pulak tengah2. So senang nak intai anak dari chalet tu. Kat pool pulak ada pondok boleh la bersantai sambil makan goreng pisang panas.
Reception
Waiting Area/Reception

Time petang boleh mengopi kat sini. Relax je kan. Waiting area ni ada game kalau kau rasa bosan boleh je main game yang disediakan. Kalau nak BBQ malam tu kena inform Peter sesiap nanti dia akan sediakan tempat untuk masak & meja makan. Kitaorg BBQ kat depan Villa je. Boleh kumpul ramai-ramai. Chill lah sampai subuh pun orang tak kacau. Kat situ ada 6 buah chalet, aku dapat 4 buah je sebab yang lagi 2 dah ada orang booking. Its okay jiran pun friendly. Rasa macam tempat tu anna yang punya. Hehe. FYI dalam chalet tak disediakan tv cuma kat villa je disediakan. Nak tengok movie pun boleh sebab cd juga disediakan. Dalam chalet kalau nak mandi mata tu kena pandang-pandang sikit tau sebab bumbung dia separuh je. Kat bahagian shower memang open so jaga-jaga mana tau dron tetiba pulak lalu atas kepala. Haha. Kalau nak selamat pakai la pape supaya orang tak boleh intai. Tapi aku suka konsep chalet dia, walaupun toilet boleh buat orang pikio 2 kali nak kencing malam, bagi aku design dia memang kreatif. Klik sini untuk tengok full video dalam chalet
Chalet
Dah check in bilik, memasing dah panas terus terjun kolam. Kolam tu boleh muatkan dalam 5-6 orang dewasa. Kalau untuk kids mak bapak kena tengok ye sebab air tu paras dada. Tak puas mandi kolam jangan risau g je pantai depan villa tu. Dorang main banana boat kat pantai, iolss mampu nengok je la. Kalau dalam perut ni tak de baby dah lama aku join. haha! Dah penat berendam sampai ada yang tercabut gigi main banana boat maka pulanglah ke villa/chalet untuk bersihkan diri.

Sementara tunggu laki aku prepare barang nak BBQ malam tu, sempat lagi round keliling villa. Of course la ambik gambar, buat ig story semua. Penting tu bukan everyday boleh datang 😅😅 . Yang penting moment tu kita nak hehe..
Bath tub dalam villa
Dalam villa. Tingkat atas ada 1 king bed
Ruang Makan diluar

Bath tub kat dapur
Kids je la yang dapat mandi dalam tu sebab dia memang open tetiba kat dapur ada tub mandi hehe. Kalau datang without kids boleh la kau nak feeling2 mat salleh rendam dalam tu. Shower dia pun open kat belakang tu cuma toilet je ada pintu. Boleh la labur saham dengan tenang. Aku suka jugak konsep villa ni. Kalau la ada tanah untuk buat rumah memang nk je amek idea macam ni (#berangantaksalah) 
Beranda
Bangun pagi kau boleh dengar bunyi ayam, burung wahh bestnya rasa tenang je. Pagi tu kaum adam g cari sarapan dekat area situ je, sambil tunggu dorang balik aku sempat lepak atas beranda kat waiting area tu. Ada 2 bijik bean bag boleh baring. Hirup udara pagi yang nyaman. Nak yoga pun boleh kat situ. 


Peter ditemani oleh 2 ekor kucing parsi kat sini
Memang kau rasa tak cukup cuti 2hari tu tapi apa kan daya esok dah Isnin gais must get back to werk werk!! Checkout macam biasa jam 12pm. Tapi sebelum kami meninggalkan Villa yang cantik ni bagi chance la begambar buat kenangan. 
Kroni Potret 2.0
Tq husband bawak i jalan wpun tengah sarat 😉

Nak jugak gambar dalam Villa
Sebelum balik sempat borak dengan akak cleaner kat situ, dia cakap kalau public holiday memang fully book. Gais take note kalau nak grab semua kawasan ni make sure book awal eyh. Yess!! I'm fall in love with this place. Sampai request kat husband nak raya kat sini. Kau ghaaseeee tak pening pulak edy  😇😇 . Apa pun kami semua memang puas hati. Nak gathering lepas ni tak de hal dah ada port baik kat Melaka. Asik lepak hotel je bosan gak enn.. Sekali sekala ubah angin dengan suasana kampung pulak baru best. Tak kan tunggu raya baru nak rasa kampung.
 
Lemau jugak badan. Melaka panas betul rasa macam nak extend cuti tapi kenott. Cukupla dapat jugak lupa pasal kerja 2 hari. Sebelum sampai KL jangan lupa singgah makan tengah hari kat Sabak Salai. Penah viral kat facebook jugak. Daging salai memang TORRRBAIKK weyh... Semua lauk dia masak lemak salai. Kedai dia memang fullhouse. Korang kena cuba tau. Aku tak sempat nak amek gambar lauk sebab perut dah lapar sangat. Maafkan mak yong. Makanan dengan aku memang tak dapat dipisahkan. See ya 👋 #melakaisawesome

MuchLope
-Anggun-   
Jangan lupa #fabolousmelaka #mymelakamoment #dontmesswithkroni #kroni2.0 #fugavillage

Comments