Tips ke Long Beach, Pulau Perhentian



MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!! 
[#latepost] Orang lain sebok nak sambut merdeka kami pulak excited nak pergi pulau 😋 . Kebetulan pakej taun lepas yang tak guna lagi (sebab pregnant) so kami decide nak bawak baby Alis explore pulau. Risau jugak nak bawak baby, takot dia mengamok bila dalam speedboat tu. Tapi Alhamdulillah Alis behave sepanjang perjalanan pergi dan balik (maybe dia takot kena tinggai lepasni kalau dia buat perangai) 😂
Nak pergi sana amek pakej je senang dorang akan sediakan semua. Bagi akula kalau blogger lain tak tahu la. Aku amek pakej dengan Perhentian Belalang Holiday senang berurusan ngn Sis Iera. Macam2 soalan aku tanya dia layankan je. hahaha!

(D'Rock Garden Resort)
STANDARD FAN
💥RM330/pax (2pax)
Includes :
✅ Boat Transfer Two Ways
✅ Snorkling 5++ Point
✅ With Fully Equipment
✅ Room for you
✅ Windmill & Fireshow
Excludes :
❎ Marine Park (Cukai) RM5/pax
❎ Meals & BBQ
Ada orang cakap better ambil bilik aircond sejuk sikit sebab bawak baby. Tapi dah penuh, so memang aku redha je dengan bilik kipas. Nasiblah bilik yang aku dapat tu tak panas. Siang malam sejuk tambah pulak berangin Alis memang selesa la tidur. 30hb malam Merdeka gerak 3 buah kereta dari Gombak. Tiba di jeti Kuala Besut 7.30am jumpa kak Iera kat jeti. sarapan terus kat depan pondok dia tu lepas tu terus naik bot.


Jeti Pulau Perhentian Kecil




Trip 3 Hari 2 Malam

Chalet RM330
Parking kat Jeti RM21/3hari
Marine Park RM5/dewasa
Taxi boat dari jeti ke chalet RM2/pax
Makan spend below RM100
Gedebak gedebuk total RM450/pax
                                                  *tak termasuk minyak/tiket bas

View dari D'Rock Garden Resort


Hari pertama di Pulau Perhentian. Cuaca pun cantik, panaih lit lit org kata.. Kepada yang drive dari Kuala Lumpur pukul 3 pagi pun okay sebab check in kul2 ptg yerr sampai awal macam mana pun kalau chalet tak dak kosong hampa tak boleh suka hati nak halau orang balik. Stg tak sepasai hampa yang kena hawin 😄😆😆 Kami memang dapat naik bot awal tapi dah sampai pulau kena cangok sampai orang check out la haha. Staff kat situ sangat memahami kami yang bawak anak kecik ni so dia pun bagi priority tu kat kami check in dulu.hehe!!

Aku sarankan korang beli sesiap botol air mineral banyak-banyak. Bajet la dalam 3 hari berapa banyak botol nak minum. Hari tu edy beli 2 botol untuk 3 hari pun macam tak cukup. Dah la cuaca panas mandi air laut pulak sure dahaga. Penat pikul air tak pe jangan penat bayar air mineral kat sana RM4 botol besar. Lagi satu aku nak pesan bawak la makanan sampingan macam roti, jem sebab sure korang akan lapar masa sampai jeti. Kalau dalam pakej ada sarapan ok la sebab makanan kat sana double dengan kau makan sekarang. Milo ais pun RM5.. kau qasee?

Kat sana bukan setakat makanan je mahal barang-barang  pun mahal jugak. So aku sarankan beli shampoo, sabun, sunblock semua tu sesiap. Sunblock biasa beli RM30 lebih je kat sana jual RM50, shampoo botol kecik pun RM12, bebaloi ke nak beli setakat 4 hari kat sana. Baju tak payah bawak banyak, baju mandi sepasang, baju tido sepasang, baju biasa nak pakai malam tu 2-3 pasang. Tak payah beria nk bawak macam nk g obesi. Lagi satu kalau boleh janganla bawak luggage, kau nak pegi pulau kot nak tarik beg atas pasir tu mampu ke? Kesian tengok couple yang bawak luggage angkat letak atas kepala, yang girlpren jalan melenggang main phone pastu selfie. Nasibla dapat boipren penyayang haha.. Aku yang jalan kaki pijak pasir pun rasa berat dah nk langkah. Bawak backpack je.

Kalau jenis tengah malam buta lapar tu bawak la maggie beberapa paket boleh share ramai ramai. Stove masak tu kalau ada lagi bagus sebab kat situ kau nk kena turun kat bawah kalau nak amek air panas. Yang ada baby aku sarankan bawak je flask air panas tu, nanti boleh topup je kat bawah. Bawak la jugak nescafe 3 in 1 ke, kopi, milo buat stok sepajang kat sana. Tengah membawang tu sedap jugak kalau kena air panas. Jimat la sikit, nasi goreng biasa pun paling murah RM10 apatah lagi nasi paprik. Nak pesan sikit yang bawak baby tu pasang la surah sepanjang hari dalam bilik, macam aku ari tu nak masuk bilik dah siap pasang Surah Ruqya sebab anak aku dah kena masa g Melaka ari tu. So kena prepare lah ye, budak-budak ni pegi tempat tak biasa kita pun kena alert jugak. Bukan nak pikir seronok je.

Belanja View dari Bilik B07









Jalan jalan petang

Geng mak bawang
#kamibukankroni

Semua muka tak mandi
Geng apak pun nak posing
Cinta Hati



Kalau pakej tu tak termasuk snorkeling tapi tiba-tiba teringin pulak jumpa lah Kak Comei kat sini. Korang bole nego sampai jadi. Ni antara kedai paling murah yang aku survey hari tu. Baca lah jugak blog lain kalau ada yang lagi murah.

Biasanya fire show start sebelum pukul 12. Kalau yang lepas kul 12 beach party, kadang ada yang sampai mabuk, kita yang tak mabuk ni elok la pulang ke kamar masing-masing ye. Kalau orang kampung sana ada yang ajak karoke ke beach party ke time tu tak payah layan k. Bukan apa takut terjebak pulak.



Siapa yang pergi perhentian tujuan utama nak pegi windmill tu kan, view kat sana memang lawa. Kalau boleh pakai la kasut sebab nak hiking tu amek masa dalam 15-20 minit plus bawa la air mineral sebotol kat atas sana tak ada orang jual air. Nak naik kincir angin dalam pukul 5ptg dah cun pastu turun sebelum kul7ptg sebab nanti dah gelap situ tak ada lampu. Aku pun teringin nak pegi situ tapi abg taxi tu cakap nak hiking bawak baby bahaya sebab papan kat situ dah runtuh so dorg guna papan je sementara. Tak ramai yang dapat pegi sana tapi ada jugak yang ikut dari campsite. Dah bawak baby takut penat pulak edy nak mengendong. Baru nak feeling feeling view cantik, tak pe la next time datang lagi semata nak gambar kat situ 😅.

Barang berharga tolongla bawak bersama kalau nak pergi mana-mana. Kunci pintu sebelum keluar. Kan dah ada jual beg kalis air tu untuk simpan barang "hypergear" kalau tak silap beli la atleast kita tau barang tu selamat kita bawak. Masa snorkeling boleh tinggal dalam bot. Biasanya kalau korg snorkeling 5 point abg bot akan bawak makan tengah hari kat kampung nelayan lepas tu baru sambung snorkeling kat point seterusnya. Kat situ makanan murah-murah kalau nak makan meriah boleh la kat sana.



Macam tak cukup cuti 4 hari tu, kalau ikutkan hati nak cuti seminggu dua minggu tapi takut pulak masuk ofis nanti dapat surat berenti. Eh tiber haha.. Pakej Belalang Holiday ni memang aku puas hati, bilik cantik, bersih, nyamuk pun tak ada. Kemain beli ubat nyamuk sudahnya tak guna pun. Yang tak tahu bila masa sesuai nak pergi korang kena pergi antara bulan 3 hingga 10. Pulau akan tutup lepas pertengahan bulan 10. Masa ni musim hujan kat sana so jangan ambil risiko. Ni lah sedikit sebanyak tips yang boleh jadi panduan kat korang. Baca la jugak blog lain kalau rasa kat sini tak cukup.

Ada lagi entry yang tak post nanti kalau ada masa aku karang lagi untuk korang baca. Next trip penang pulak. InsyaAllah nanti aku share tempat yang best pulak kat sana.

MuchLope
~Anggun~
 







Comments