'HOMEMADE' STOK IKAN BILIS UNTUK BAYI 6 BULAN KEATAS ! JOM CUBA..


 Sebenarnya, semasa anak sedang membesar, lebih elok sekiranya kita menggunakan serbuk ikan bilis untuk menggantikan penggunaan garam dalam makanan mereka. Jadi cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan serbuk ikan bilis 'homemade'. Sedapkan, Jom kita cuba!

Aku banyak juga baca entry lain cara penyediaan stok ikan bilis ni. Nampak macam senang, so aku pun cubalah. Memang sedap weyh 😉😝 takot pulak tak abis kat anak, mak pulak yang makan.

STOK IKAN BILIS UTK BAYI 6 BULAN KEATAS 

Sangai Ikan Bilis tanpa minyak
Blend sampai hancur
Tos & simpan dlm bekas kedap udara


  1. Basuh bersih & rendamkan ikan bilis dengan air biasa supaya hilang rasa masin garam. Lepas tu tapis air & letak tepi.
  2. Panaskan api, sangai ikan bilis dalam pan dengan api yang sederhana. Sangai/goreng ikan bilis TANPA MINYAK sampai garing atau rangup. Jangan sampai hangit pulak.
  3. Sejukkan & blend sampai hancur.
  4. Guna penapis untuk pastikan serbuk bilis betul-betul hancur & halus. Penggunaan serbuk bilis tak perlu banyak dalam hidangan. Cukup sekadar 1 sudu kecil atau bergantung dengan saiz hidangan anak kecil.
p/s Simpan stok ikan bilis dalam balang kedap udara & simpan dalam peti sejuk. Kalau nak blend sekali dengan bubur pun boleh. Dah siap boleh bagi anak kecil makan.

Mudah kan??  Cubalah.. Boleh save & share untuk masa depan 😊

MuchLope
-Anggun-


Comments