Darul Aman Vacation Home_Homestay


Hi there!! Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Salam KosongKosong..

Raya taun ni best sangat sebab ni tahun pertama edsherin raya ber-tiga 👪.. Ngam abis pantang terus puasa. So sempatla puasa macam biasa. Korang pulak taun ni raya berdua ataupun masih single. Tak pe yang single tu ni la masanya kita nak bonding dengan parent & adik beradik. Bila dah kahwin ni komitment lain macam sikit expecially perempuan. Macam-macam weyh nak buat preparation. Yang penting raya bersederhana sahaja 😀

Taun ni kami team raya KEDAH. Cakap pasal raya kebetulan kawan nak datang beraya, aku punya survey semua homestay kat Alor Star semua date dah fully booked. Homestay sebelah rumah pun full 😁 . Last2 bukak booking.com jumpa taman baru seberang jalan rumah je. Landmark depan RTM Jalan Kuala Kedah. Rumah Semi-D cantik sama macam dalam gambar. Kawasan tu kawasan perumahan baru so bersih. View dia pulak bedepan dengan sawah padi..

Boleh waze Darul Aman Vacation home. Homestay mempunyai 4 bilik + 2 bilik air.. Rate RM230/semalam. Murah dan bebaloi kan. Memang sangat berbaloi rumah besar, paking boleh masuk 4 bijik kereta.


Kemudahan yang disediakan:
  1. Bilik Utama  (1 king bed+aircond+arah kiblat+cermin solek+tempat sangkut baju+water heater+bilik air)
  2. Bilik Tengah (1 queen bed+arah kiblat+tempat sangkut baju)
  3. Bilik Ketiga (1 queen bed+arah kiblat+tempat sangkut baju)
  4. Bilik Keempat (Laundry room+iron board)  
Master Bedroom, toilet attached
Water heater dalam bilk utama (master bedroom)

Bilik Tengah. Aircond in progress
Bilik Ketiga
Bilik Laundry
Cantik kan. Kemudahan lain yang disediakan macam mesin basuh, tv, wifi, parking dalam porch, peti ais, alatan dapur untuk memasak pun ada. Senang cerita macam masuk rumah sendiri lah. Owner (En.Zul) sangat baik dan sangat membantu. Kalau ada yang tak puas hati dengan rumah boleh je direct whatapps En.Zul.

Ruang Tamu yang Luas

Dapur untuk memasak
Mesin basuh bedepan bilik laundry

Bilik Air kedua (water heater in progress)



Gambar disekitar kawasan homestay
Taman Permainan
View

Kalau sedara mara yang datang dari jauh tak de tempat nak tido kami suggest hampa stay sini. confirm xmenyesai. Sesuai nak buat majlis kecil-kecilan jugak sebab kawasan dia memang luas.

Alamat : Darul Aman Vacation Home Homestay
88-Y Jalan Gunung Ledang 6, Taman Gunung Ledang,
06600 Alor Star, Kedah Darul Aman.

No. Tel: 019-472 3205 (En. Zulfadli)
Waze: Darul Aman Vacation Home
Time Check in: 2ptg
Time Check out: 12tgh hari

p/s: alternatif lain pembayaran. Boleh bank in direct owner dapat diskaun 5%. 

-Anggun-

Comments