PENANG, MARITIME SEAVIEW DUPLEX [Review]


Penang, Penang, Penang.....Ni rumah kedua selepas Arte's Penang yang pernah aku book. Tempat ni kat area Karpal Singh Drive. Lebih kurang 8 minit dari jambatan pulau pinang.

Lama jugak nak plan trip Penang ni. Masing-masing ada komitmen. Rindu pulak zaman sekolah dulu hari hari jumpa kawan. Bila dah jauh ni kena reunion setaun sekali la.. Kat Maritime ni ada banyak unit yang cantik, aku pilih yang seaview sebab apa mesti hampa pun tau dah  😂😂😂 . Stay sini 2 malam booking kat Airbnb.com . Mostly sekarang kalau nak travel memang cari kat airbnb je la. Rasanya lagi senang kot plus kebanyakan properties semua yang baru.

Polis bantuan kat situ cakap dulu tempat ni luxury hotel, tapi lepas dah tukar owner dorang buat macam service apartment. Lebih kurang setahun lebih baru buat balik tempat ni. No wonder la orang tak tau sangat. Kalau tak silap aku dia ada website, bole search pakcik google. Tempat ni tak jauh dengan town, 15 minit nak pergi Gurney Drive. Area sini nak makan pun senang kalau hampa nak makan Mc'Donald kena jalan kaki dalam 5 minit macam tu sambil menikmati angin laut 😉 .

Dekat ground floor banyak jugak shop lot (Starbucks, 7-Eleven, Cafe, Restaurant) but normally situ time malam havoc sikit sebab kat bawah tu ada pub. Awak yang muslim tu jangan nak mabuk kat bawah pulak 😆😆 .

Owner provide 3 access card untuk 1 apartment. 2 card untuk masuk parking & 1 lagi untuk rumah. Make sure tak salah kad sebab nanti hampa tak bole masuk/keluar parking. Kalau yang tak cukup parking jangan risau sebab ada parking FREE kat tepi jalan. haha.

Shop Lot 


Boleh memasak guna dapur letrik gaiss.. Semua pekakas dah disediakan. Kalau malas nak jalan-jalan boleh ja lepak kat rumah sambil layan view laut yang cantik tu. Kat bawah ada toilet dan 1 bilik (2 single bed).


sambil lepak layan view luar.credit airbnb

morning view.credit airbnb

Seaview


Bilik bawah

Atas cuma ada 1 bilik (katil king + 2 single bed) bole muat dalam 4 orang. Gegirl ada 6 orang kami sumbat semua masuk dalam tu.. Macam mana kami tidoq haa jangan tanya haha 😆 . Bilik dia luas ,tak sempit sangat pun.

Dari atas pun bole nampak seaview. Kalau nak feeling santai baca buku mengadap laut silakan. Boleh jugak join tengok tv dari atas kalau rasa malas nk turun.

beselimut lagi orang bawah tu
 

selfie mirror hehe
Pekena pulak KOPI VIRAL AUNTY yang beli kat lebuh Noordin petang gini fuhhh layan. Rasa macam nak chill kat rumah ja tapi sebab dalam itinerary banyak tempat yang nak kena pi. haha. Nak baca entry pasal kopi ni klik entry sini. 

Pool & gym tingkat 5
 
Malam last kat sana baru mandi kolam. Tapi hujan pulak dapatla berendam 10 minit sebelum Alis melalak.. 2 malam stay kat sini pun tak sempat nak explore semua tempat, siang keluar jalan jalan, malam baru sampai rumah. Malam tu tapau makan kat rumah je sebab semua dah penat. Ohh harga satu malam tak sama, hampa kena klik kat airbnb tu untuk cek nah. 

BLOCK B

Jangan lupa baca next entry pasai jalan - jalan Penang. Kalau ada salah silap harap dimaafkan. Nak tanya pasai trip ni boleh komen kat bawah. Harap dapat membantu hampa yang cari tempat tidoq yang selesa kat Penang.

Review:
Lokasi  🌟🌟🌟🌟🌟
Kemudahan 🌟🌟🌟🌟🌟
Kebersihan 🌟🌟🌟

Komen:
Minor improvement needed - faulty staircase steel rail (dangerous for children) - bathroom clogged (upstairs) - cleanliness at living hall (dusty etc).

MuchLope
-Anggun-









Comments