Rimba Hang Kasturi Villa, Port Baik Melaka!!!


Hai hai hai.. dendang datang lagi.. Allah! tak dan la nak update blog sekarang nih. Bulan ni ja dari awai bulan sampai hujung bulan weekend ja tak lekat kat rumah. Sampai orang kata aku kaki jalan sungguh 😂 .

Laa bukan jalan p mana pun saja la amek angin sikit, kona kona kot tu jugak la. PD - Melaka - PD - Melaka. Hat tu ja lah yg bejiran dengan KL. Kali ni p melaka lagi 😆😆 . Rupanya kat melaka ni banyak gak tempat menginap yang unik. Ingat kot best bab makan ja. Hampa search ja kat AIRBNB boh melaka sat gi dia keluaq la rumah yg cantik-cantik.

Tak tau pulak area Jonker Walk ada rumah macam ni. Ingatkan bilik untuk backpackers ja. Setengah org tengok depa kata macam rumah tak siap. Kalau tengok dari luaq memang hampa kata tu kedai runcit sebab masa aku cari mula-mula pun berapa kali pusing tak nampak 😁 . Waze duk habaq dah "you arrive to destination" tapi duk bayang lot dia besaq. Maybe sebab lapaq sama kot tu yang nampak ngan tak nampak sama banyak 😆😆 ..

Pernah dak tengok rumah luaq beshe-beshe tp dalam macam condo??? tak pernah kan sebab hampa semua kaya kaya hahahaha..

credit airbnb
Villa ni bila kau masuk ja dia dah sediakan selipar untuk pakai kat bawah sebab dia punya lantai simen, so untuk ladies yang geli nak pijak simen boleh la pakai selipar yang dah disediakan tu. Aku cerita dulu bab tingkat bawah.

Kat bawah cuma ada ruang tamu + mini pool + small kitchen yang ada peti ais, microwave & air filter macam coway tu. Kenapa aku rasa rumah ni unik sebab aku suka design kayu dia. Pastu kolam dia depan mata senang nak tengok anak mandi sambil tengok tv ka cicah pelam kat dapoq. Sapa nampak macam rumah tak siap memang tak seni langsung 😁 .Sesuai la untuk private party atau gahtering. Aku jenis gila nak amek gambaq sampai alis pun aku letak dalam kerusi dia kihkihkih.. Nasib bek pak dia p beli makan time tu kalau dak kena tapuk dai dah. Tak pala janji aku tak kacau orang.

cleaner tgh isi ayaq dalam kolam
Alis behave dlm kerusi while mommy taking picture

Dapur dia simple tapi tak de dapuq masak.. Dia cuma sediakan microwave & peti ais ja. Pinggan mangkuk tu ada la. Boleh BBQ tapi bukan dalam rumah. Asap bole naik sampai bilik wei sampai pedih mata haha.. Sebab cleaner dia cakap boleh bakaq dalam rumah. Tapi cadangan dia tu memang tak membantu langsung. Hahahaha.. Nak BBQ sila buat belakang villa ada bumbung kat luaq tu. Pekakas untuk BBQ sila bawak sendiri.

Dia tak sediakan open air untuk ruang BBQ/memasak sebab villa ni dekat sangat dengan jonker walk. So kalau nak cari makan, keluaq ja jalan 5minit dah besepah kedai makan tepi-tepi jalan tu. Mostly orang yang stay kat sini sebab nak jalan area Jonker, balik villa untuk tidoq ja.






Jom naik tingkat atas pulak, kat atas ada 3bilik katil king size & 1 bilik duplex. Bilik duplex ni yang boleh masuk ramai sebab ruang dia luas. Boleh bawak tilam/toto extra sendiri. Setiap bilik ada toilet & shower. 


Tengok dari luaq tadi kecik je kan. Naik atas macam tak sangka luas macamni. Siap ada tempat lepak depan bilik. Oh ya ramai yang tanya semua bilik ni glass ka?? Yup, semua bilik glass tapi jangan risau org luaq tak nampak sebab ada langsir boleh tutup. Toilet pun glass kalau nak mandi tu pesan siap-siap kat roomate jangan duk intai 😄 . Tapi bilik duplex toilet dia privacy. 

Toilet Room 1 (duplex)
View dari tingkat atas Room 1 (duplex)
Bilik duplex (bawah) ada 2 katil king (4 orang), atas pulak 1 king size & 2 single bed (4 orang) . Toilet & shower ada 2 side (kanan, kiri) yang ada langsir tu 👆👆👆 .. So sangat selesa bagi yang duduk ramai dalam ni sebab tak payah berebut toilet hokayy!!..
Room 1 (duplex)
Bilik 2-4 konsep bilik dia sama cuma bilik 4 terpisah dengan bilik 2 & 3. Kalau nak more privacy duduk la bilik 4 sunyi sikit.. 
Bilik 4
Ke kiri bilik No 4.
Bilik 2 (bawah), 3 (atas)
Bilik 2
Bilik 2
Nampak pintu sebelah kiri tu?? Bilik 2 & 4 ni connecting room tapi still ada privacy sebab disebalik pintu tu ada pintu untuk ke bilik sebelah. Lupa pulak nak ambil gambaq. 

Bilik 3
View dari bilik 3



Area sini senang nak cari makan, dah puas begambar kasi can la sis nk makan pulak. Nasi ayam apa tah ni sedap beno. Nasi 2 ketui macam iceball ja. Nasib baik kenyang. Dah petang boleh la setup untuk BBQ malam untuk makan dinner pulak. 



Lepas dinner boleh la jalan-jalan kat Jonker Walk, 5 minit ja jalan kaki. Pekena cendoi durian untuk basah tekak. Jonker walk bukak dari petang sampai kul12 malam. Kalau nak beli buah tangan bawak balik kat kawan-kawan boleh la bli kat sana. Kena pandai goreng jugak kadang-kadang depa bukak harga pun macam nk cekik darah 😆😆😆. Tapi aku window shopping ja.


Dah seharian cheat day, malam wajib minum teh detox sebelum tidoq supaya dia bakaq semua makanan yang aku makan tadi hahahaha.. Sebab tu tak pernah risau kalau travel jauh, teh tetap stanby dalam beg.



Girl Gang
#kronitakeovermelaka #rimbahangkasturi

Okeh dah boleh siap packing untuk trip Penang pulak. Hampa jangan lupa cek rate kat airbnb tau. Detail semua ada kat situ. Aku suggest mai sini kalau plan nak buat short trip atau family gathering. Nak makan asam pedas pun dekat ja. Pastu jangan lupa singgah kedai Makanan Tradisional Negeri Melaka dekat lorong UPTOWN (bedepan Menara Taming Sari), beli dodol panas bawak balik kat sedara mara. Macam-macam lagi ada juai kat situ.

Sekian,
MuchLope
-Anggun-


Comments