HB Low !! - 27week 0day Checkup
Today checkup untuk kandungan 27 minggu. Ni kali kedua checkup kat KK Cheras. Register kul 7.50am, macam biasa kena ambil urine & tunggu result dalam masa setengah jam. Alhamdulillah result NIL.
Dapat je result terus masuk jumpa nurse sebab no. giliran dah lepas, nasib baik husband tunggu untuk tengok nombor, kalau datang sorang tadi mesti kena tunggu lama lagi. hehe.. Lepas next patient nurse tu pun panggil nama I. Kak Asma nama dia, baik je orangnya. Tak kerek pun macam setengah orang cakap nurse kat KK semua sombong2.
Hari ni kena test HB, ni 1st time test HB low 9.5 (normal range 11.5-16.5). Nurse xpuas hati so kena amek darah pulak & hantar kat makmal. Alhamdulillah dalam masa 10 minit result 10.9 (sikit je lagi tapi still pen merah) huhu. Macam mana boleh jadi macam tu, patutla lately ni asik rasa tak larat je. Cepat sangat rasa penat. Kak Asma nasihatkan kena ambil makanan yang tinggi iron/zat besi.
Apakah Makanan Zat Besi ???
Semasa mengandung, setiap wanita memang diuji dengan pelbagai kepayahan
dan masalah kesihatan yang mungkin tidak pernah dialami sebelumnya.
Antara kes yang selalu melanda ibu hamil adalah masalah kekurangan darah
/ hemoglobin (Hb) rendah atau anemia. Antara simptomnya termasuklah
pening kepala, susah fokus, kelesuan, kelihatan pucat, rasa sesak nafas,
dan sering berasa sejuk atau kebas pada tangan.
1. Tembikai
Tembikai adalah salah satu ‘super food’ dan makanan tambah darah yang kurang diketahui ramai. Istimewanya, buah ini kaya dengan vitamin A.
Selain terkenal dengan memperbaiki kesihatan mata, vitamin A juga sangat berkesan meningkatkan jumlah sel darah merah. Ia dapat membantu zat besi dalam hemoglobin untuk mengikat oksigen.
2. Buah-buahan Kering
Buah-buahan kering amat sesuai sebagai snek kudapan dan makanan tambah darah ibu hamil. Tinggalkan ‘junk food’ dan beralihlah kepada kismis, kurma, prun, aprikot, dan buah tin.
Semua buah-buahan kering ini bukan sahaja sedap dan sihat, malahan ia turut memiliki kandungan zat besi yang amat baik untuk meningkatkan Hb dalam darah.
3. Ikan
Ikan mengandung asid lemak Omega-3. Ikan
Salmon, contohnya, boleh meningkatkan bacaan Hb anda ketika mengandung
kerana ia turut mengandungi Vitamin B-12 untuk pembentukan sel-sel
darah. Ikan juga sangat sesuai untuk diet anda kerana ia adalah makanan
yang rendah nilai kolesterol.
Bagi anda yang menggemari telur ikan
pula, ini berita baik untuk anda! Telur ikan juga mengandung nutrisi
berkhasiat sepert protein, karbohidrat, dan zat besi yang boleh membantu
dalam menaikkan bilangan hemoglobin.
Pelbagaikanlah menu ‘seafood’
ini dalam hidangan seharian anda kerana tiram, kerang, dan hasil
makanan laut lain juga tidak kurang hebat nutrisinya dalam membantu
meningkatkan Hb darah.
4. Jambu Batu
Anda sangat disarankan untuk memperbanyakkan pengambilan buah-buahan kerana ia mengandungi Vitamin C.
Vitamin C ini akan membantu penyerapan zat besi ke dalam tubuh. Menurut kajian, buah jambu batu memiliki kandungan Vitamin C sebanyak 2 kali lebih banyak dari Vitamin C yang ada di buah oren!
5. Daging Merah
Berbanding dengan daging putih
dalam ayam atau burung, daging merah pada haiwan seperti kambing,
kerbau, dan lembu lebih kaya dengan protein dan banyak mengandung zat
besi serta mineral lain termasuk vitamin A, D, K, B2, B3, B6 dan B12,
asid amino, Omega-3, dan selenium yang diperlukan oleh ibu hamil. Kesemua mineral ini mampu meningkatan hemoglobin dengan cepat.
Walaubagaimanapun,
perlu diingat bahawa daging merah juga mempunyai lebih kandungan
lemaknya berbanding daging putih. Oleh itu, elakkan pengambilan daging
berlemak dan jangan ambil secara berlebihan karena ia boleh meningkatkan
risiko pada jantung.
6. Sayuran Berdaun Hijau
Sayuran
yang mengandung zat besi yang tinggi adalah sayuran berdaun hijau
terutamanya bayam. Selain itu, brokoli, kangkung, kale, dan sawi juga
amat membantu ibu hamil untuk mengelakkan anemia.
Selain itu,
sayuran berdaun hijau juga mempunyai kandungan asid folik semulajadi
yang turut membantu meningkatkan kesihatan ibu hamil.
7. Kuning Telur
Telur
mengandung protein, kalsium, dan vitamin serta zat besi. Untuk kesan
yang lebih baik, belilah gred telur elok dan diperkaya dengan Omega-3.
Kuning telur sangat berkesan sebagai makanan tambah darah. Cuba amalkan pengambilan telur secara teratur 2 kali sehari.
8. Kentang
Selain sayuran berdaun, kentang juga mengandung zat besi dan juga vitamin C yang membantu untuk meningkatkan penyerapan zat besi dalam tubuh.
Vitamin
C juga dapat mengikat radikal bebas dan memperkuat sistem kekebalan
dalam tubuh. Untuk pengetahuan anda, kentang adalah salah satu sumber
terbaik zat besi untuk vegetarian.
9. Hati
Mungkin tidak semua orang berselera memakan organ dalaman. Namun, hati adalah salah satu makanan paling tinggi zat besi.
Menurut
sumber, umumnya hati ayam (100gms) mengandung 9 mg zat besi. Hati lembu
mengandungi lebih kalori dibandingkan dengan jenis hati lain, namun
banyak mengandungi kadar zat besi yang tinggi.
10. Roti Dan Bijirin Berserat Tinggi
Roti dan bijirin
berserat tinggi seperti beras merah memiliki kandungan karbohidrat,
serat semulajadi, dan zat besi untuk meningkatkan sel-sel darah.
Selain itu, menu diet seperti roti jagung, pasta, bijirin penuh serat (whole grain), ini berkesan dihidangkan kepada ibu hamil untuk menangani anemia.
11. Kekacang Dan Bijian
Sumber
kekacang boleh didapati daripada sayuran seperti kacang panjang, kacang
buncis, dan kacang botol. Selain itu, anda boleh memakan kekacang
sebagai snek atau kudapan. Antaranya kacang almond, pistachio, walnut,
atau kacang badam yang dapat dicerna secara perlahan oleh sistem
pencernaan, sehingga dapat mebantu menaikkan tekanan darah. Namun,
pastikan anda tidak mengalami sebarang alahan terhadap kekacang ini.
Biji-bijian
seperti kuaci, biji bunga matahari, atau biji labu juga amat
bermanfaat. Menurut rujukan, 100 gram biji labu mengandung 15 mg zat
besi, iaitu 83% dari nilai anjuran harian. Biji labu juga merupakan
sumber utama asid lemak Omega 3 yang turut berfungsi membantu menurunkan
kolesterol.
Dapatkan Nasihat Doktor
Selain daripada
pengambilan makanan dan minuman di atas, pastikan anda mengamalkan corak
pemakanan yang sihat. Pastikan anda meminum air kosong secukupnya
untuk memastikan kandungan elektrolit dalam tubuh anda tidak terjejas.
Hindari kafein dan makanan rapu yang berlebihan.
Jika
bacaan Hb anda terlalu rendah, jangan teragak-agak untuk mengambil
suplemen yang dibekalkan oleh doktor mengikut rutin yang telah
ditetapkan.
Sekian saja dari Anggun, next checkup 2 minggu dari sekarang. Nurse tambah ubat Zincofer untuk hari ni. Tak lupa jugak, acid folic & obimin still kena continue tau. Semoga next checkup nanti dah tak de masalah HB low.
MuchLope
-Anggun-
Comments
Post a Comment