Teega Residence, Nusajaya


Last week wedding anak sedara I kat Batu Pahat, dah alang-alang ke johor terus lajak ke Johor Bharu. Kebetulan pula musim cuti sekolah boleh la bawak kids pegi holiday. Cari apartment ni pun last minit kat Airbnb.com . Cari area nusajaya sebab plan nak melawat Legoland. Nak dijadikan cerita dapat pulak apartment murah kat TEEGA RESIDENCE.

Jangan conpius, ada 2 jenis apartment TEEGA SUITE @ Puteri Harbour & TEEGA RESIDENCE, make sure masa booking tu tengok betul-betul. Mostly residence ada yang 2-3 bilik. Suite tu macam studio je. Kalau just 1 family anak beranak boleh la stay kat suite.

No. Rumah

Living Room yang luas dan selesa




Masuk rumah benda pertama yang i buat of course la ambil gambar setiap sudut (jangan kecam sis ok) 😆😅 . Ruang tamu yang menyediakan 2 split unit aircond, haa jenoh menggigil la kalau yang xtahan sejuk tu. Kipas syiling juga disediakan kalau tak tahan sejuk hehe. Balcony pun mengadap laut. Malam tu ada mini function so dapatla kids tengok bunga api, memang happy betul dorang.
Kitchen
Masuk je dari pintu sebelah tu dah kitchen, owner juga sediakan semua alatan dapur seperti periuk,dapur elektrik, sudu, garfu, cawan. Tak perlu risau tak boleh nak masak, tau je la dah bawak anak kecik ni anytime je lapar. Korang tinggal nak beli bahan-bahan nak masak je dan yang paling best ada mesin basuh. So boleh la basuh sementara tunggu nak balik rumah (tapi tak boleh sidai kat balcony tau).
Room 2 - 1 King bed
Semua bilik ada aircond & kipas. Sangat selesa. Room 2 ni sharing toilet dengan room 3 & ruang tamu. So kalau tetamu datang tak perlu masuk dalam bilik kalau nak pergi toilet.
Room 3 - 1 King Bed

Sharing Toilet

Toilet sangat bersih, ada cermin yang besar muat la kalau nak makeup sebab dalam bilik owner tak sediakan cermin. Maybe in future dia letak kot, lagipun kami guest yang pertama masuk aprtment ni. So memang luck la semua benda baru. Btw semua barang dalam rumah ni from IKEA. Owner jugak sediakan towel mandi & muka (memang dah macam hotel). Korang xperlu la penuhkan beg nak bawak towel lagi. Sabun mandi & syampoo pun dah disediakan untuk setiap toilet. Kemudahan lain seperti water heater pun turut disediakan.
Room 1
Sorry gaiss i lupa nak ambil gambar bilik sebab teruja dengan toilet yang ada bathtub ni. Bilik ni je yang attached dengan toilet. Ni kira macam master bedroom sebab bilik agak luas dari bilik yang lain. Yang ada anak ramai tu sesuai dengan bilik ni. Kalau tak cukup tempat tidur jangan risau owner ni memang sangat prihatin dia dah sediakan bedsheet & extra comforter untuk extra guest. Best kan kalau semua dah disediakan..
Kids ready for breakfast
Chillax Port
Facilities lain macam swimming pool, gym, sauna, yoga, games port, play ground semua kat Level ED. Sementara tunggu kids berendam boleh lepak & sedut udara segar dulu kat sini. agak redup sesuai untuk mak mak nak begosip hehe.. Hall ni bedepan dengan games room.
Games Room
Bagi yang gemar sangat bermain pool memang tak bosan la, btw nak masuk bilik ni mesti pakai access card kalau tak korang xboleh masuk. Actually kat lobby pun pakai card, so make sure korang xtinggal or bagi hilang card tu k. Toilet kat level ED ni ada jacuzi & sauna, korang boleh try semua facilities kat sini. Kalau nak g gym make sure pakai sport shoes, janganla pakai selipar pulak kang tak pasal kena halau dengan guard. 😊
View from corner

Family Potret
Sebelum balik sempat bergambar kat lobby, hopefully dapat datang lagi lepas ni. Paling happy kids la dapat mandi kolam sampai tak hengat nak makan. Dah naik rumah baru la tecari-cari makanan kat dapur. Nasib la mysis & mybro dah sediakan breakfast untuk dorang. Sementara nak tunggu check out boleh la alas perut dulu. hehe..

Tak susah pun nak cari apartment ni, dekat je dengan HELLO KITTY TOWN. Boleh jalan kaki je dari apartment. Lepas ni kalau datang Nusajaya memang stay kat sini je la. Semua kemudahan disediakan. Kami semua amat berpuas hati dengan owner yang sangat baik. Terima kasih kerana sudi singgah di entry yang tak seberapa ni. Ada masa i review tempat lain pulak k.

Assalamualaikum.

TEEGA RESIDENCE
4607, Persiaran Laksamana, Kota Iskandar, 
79100 Nusajaya, Johor
(ps: booking dari airbnb boleh dapat harga murah) 

MuchLope
-Anggun-

















Comments

  1. Casino Promotions and Bonus Codes - Jackson Hole Tribe of
    When it comes to promotions and bonuses, it's the one 보령 출장마사지 place to 파주 출장마사지 be. 경상북도 출장샵 With great promotions and great bonuses, we always strive to provide 구미 출장샵 the best 청주 출장안마

    ReplyDelete

Post a Comment