Suntikan Anti Tetanus (ATT) untuk ibu hamil

Suntikan ATT atau lebih dikenali sebagai Vaksin Kancing Gigi. Nampak macam ngeri je kan masa nurse inform nak kena inject dalam kepala otak fikir sakit ke tak. Dah lama xmain dengan jarum ni, dulu masa praktikal seronok je cucuk pesakit. 

Vaksin kancing gigi ini disuntik untuk mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan Tetanus. Ia adalah jangkitan kuman yang boleh membawa maut disebabkan oleh racun dari kuman yang dikenali sebagai Clostidium Tetani. Kuman ini boleh memasuki tubuh melalui luka yang terbuka. Dan ia akan merosakkan sistem saraf dan membunuh pesakit. Namun, ia boleh dicegah melalui suntikan Vaksin Anti Tetanus (ATT).

Kepentingan Suntikan Anti Tetanus
Bertujuan melindungi ibu dan bayi yang bakal lahir. Antibodi yang dibentuk dalam badan akan dihantar ke bayi akan melindunginya sehingga beberapa bulan selepas dilahirkan. Ia juga menghalang dari kelahiran pra-matang (pre-mature baby).

Ibu hamil diberi suntikan ini supaya mencegah daripada bayi dijangkiti tetanus. Jangkitan ini mengakibatkan kekejangan otot dan boleh membawa maut. Nurse akan pastikan setiap ibu hamil akan mendapat suntikan ini. 
Hamil Berapa Minggu Perlu Ambil Suntikan ATT?
Bergantung kepada setiap individu, biasanya suntikan ini dikenakan 2 kali untuk pertama kali hamil. Ada yang usia kandungan 5 bulan baru dapat suntikan ni. Macam i 27 minggu baru dapat suntikan yang pertama.
Nak cakap pasal sakit ke tak dari skala 1-10 (10 paling sakit) i pilih 5. Sebab masa nurse cucuk memang rasa ubat tu mengalir dalam darah, rasa macam kebas-kebas. Adala jugak sampai bunyi 'aww'. Lepas dah cabut jarum dah okay cuma nurse cakap mungkin akan rasa lenguh sepanjang hari. So far lepas cucuk lenguh jugak tapi xlama dalam masa setengah jam je. Lepas tu dah hilang. Setengah orang sampai demam lepas kena cucuk.

Selain dari suntikan ni, ibu hamil jugak perlu minum air gula. I tak ada pengalaman lagi minum air gula. InsyaAllah kalau lepas ni kena minum i share dengan mommies k. Jangan takut untuk pregnant ni, actually time pregnant ni best tau nak pulak 1st time semua jadi excited. Hopefully baby anggun membesar dengan jayanya & takde komplikasi masa bersalin nanti. Amin.

MuchLope
-Anggun-


Comments